Advertisements
Arif Aiman Pemain Ke-2 Terbaik Asia Timur Selepas 4 Aksi Di ACLE
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menjadi pemain kedua terbaik di Asia Timur selepas mengharungi 4 aksi di ACLE.

Advertisement

Perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE) antara JDT dan Ulsan HD menyaksikan tuan rumah melakar kemenangan 3-0.

Juara bertahan K League 1 itu merekodkan kekalahan keempat di Asia sekaligus menghuni tangga tercorot kumpulan manakala skuad Harimau Selatan berada di tangga ketiga kumpulan.

Advertisement

Prestasi memberangsangkan Arif Aiman terus menjadi bualan hangat peminat Asia susulan aksi memukaunya yang kini merekodkan jaringan keempat di Asia.

Pemain berusia 22 tahun itu meledak dua kali berdepan Shanghai Port, sekali menentang Shanghai Shenhua dan sekali berdepan Ulsan HD bimbingan Kim Pan-gon.

Advertisement

Berdasarkan catatan data oleh laman Sofascore, Arif muncul pemain kedua paling menyerlah dalam saingan ACLE Zon Asia Timur dengan penilaian setinggi 7.83 mata secara purata selepas 4 aksi.

Advertisement

Beliau secara purata merekodkan 3.2 percubaan, 2.5 percubaan tepat, 34 sentuhan selain merekodkan 2.8 hantaran penciptaan peluang dalam empat perlawanan yang diharungi setakat ini.

Pemain terbaik zon Asia Timur kekal menjadi milik pemain sayap handalan Gwangju FC, Jasir Asani yang memperagakan aksi konsisten pada peringkat kumpulan.

Advertisement

Tongga berusia 29 tahun itu merupakan penjaring terbanyak pertandingan setakat ini dengan 6 gol termasuklah melakukan dua percubaan, 40 sentuhan, 80 peratus hantaran tepat dan 71 peratus gelecekan sempurna secara purata.

Ujian berikutnya buat JDT yang kini merupakan kelab ke-5 terbaik Asia adalah menentang wakil China, Shandong Taishan pada 26 November di tempat lawan.