Advertising
Arif Aiman Rasai Kehilangan Matthew Davies
MakanBola
Azri/MakanBola
Sponsors

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi dilihat merasai ketiadaan kapten pasukan negara, Matthew Davies sebagai gandingannya di atas padang.

Perkara ini dikongsikan oleh lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali berkenaan analisis selepas perlawanan aksi skuad kebangsaan menentang Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Katanya, pasukan kebangsaan kelihatan sedikit tumpul untuk merencanakan segala gerakan di atas padang dan lebih kerap melakukan hantaran jauh.

Ad

Arif Aiman turun dalam kesebelasan utama dan bergandingan bersama Daniel Ting namun dilihat sedikit bergelut.

“Saya melihat sangat ketara kita menampilkan corak permainan hantaran jauh. Saya tidak setuju kerana corak permainan kita bukan macam tu.”

Ad

“Kita sepatutnya bermain hantaran pendek, kita ada Arif Aiman, Faisal Halim, Stuart Wilkin yang selalu menggerakkan bola dari bawah,” jelasnya dalam audio siar Sports Tarik.

Ad

Beliau juga yakin ada pendekatan yang lebih sesuai untuk digunakan bagi merobohkan barisan pertahanan Oman yang lebih kebal.

Ad

“Jangan dari bawah kita terus mencari Romel untuk melakukan jaringan. Itu bukan corak permainan kita. Darren Lok tak dapat bola sangat pun, Arif dan Faisal pun tak sampai.”

“Lita cuba menyerang daripada kawasan tengah. Sepatutnya kira cuba untuk menggunakan Arif Aiman dan Faisal Halim daripada bahagian tepi untuk menebuk, itu kelebihan kita. Saya rasa ketiadana Matthew Davies yang selalu membantu Arif Aiman menyerang memberi sedikit kesan.”

Malaysai masih meneruskan perjuangan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Chinesea Taipei Jun nanti.