Malaysia Gandakan Kegembiraan Oman
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Malaysia memberikan kegembiraan berganda kepada Oman selepas mencatatkan dua kemenangan bertemu skuad negara.

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman menyaksikan skuad kebangsaan merekodkan kemenangan 2-0 dalam kedua-dua aksi.

Kejayaan itu memberi kesan yang cukup hebat kepada kedudukan ranking FIFA Harimau Malaya apabila turun 6 anak tangga ke kedudukan 138 dunia.

Advertisements

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kehilangan -15.63 mata FIFA sekaligus memberikan kelebihan buat Oman memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Ketika ini, anak didik Jaroslav Silhavy berjaya melonjak tiga tangga dan menghuni kedudukan ke-77 dunia selain berjaya menjadi pasukan ke-11 Asia ketika ini.

Advertisements

Dua kemenangan menentang Harimau Malaya juga membolehkan Oman menghuni tangga ke-2 dengan 9 mata sementara Malaysia di tangga ketiga dengan 6 mata.

Kekalahan itu juga menyaksikan Harimau Malaya tidak mencatat sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir sejak Piala Asia 2023.

Advertisements

Cabaran skuad kebangsaan masih berbaki dua perlawanan dengan Kim Pan-gon masih komited untuk membantu pasukan memperoleh keputusan terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram