Arif Aiman Tiada Dalam Senarai Juan Torres Ke Piala Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Nama pemain muda berbakat negara, Arif Aiman Hanapi tiada dalam senarai ketua jurulatih skuad b-23 negara, Juan Torres Garrido untuk menjalani latihan pusat bagi persiapan ke Piala Asia B-23.

Pemain berusia 22 tahun itu mencipta sensasi apabila membantu Harimau Malaya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar tempoh hari.

Beliau mencatat nama selaku penjaring untuk membantu skuad kendalian Kim Pan-gon untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan.

Advertisements

Menerusi pengumuman terbaru oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 17 orang yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad b-23 negara.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memanggil 17 pemain termasuklah dua bintang di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Annil Vigneswaran bagi menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya B-23 bermula Ahad ini.

Senarai awal yang dipanggil ini akan disertai oleh 11 pemain lain yang sedang menjalani kem latihan pusat di bawah kendalian Kim Pan Gon sejak 8 Mac lalu.

Advertisements

Antara nama 11 pemain muda negara yang sedang bersama pasukan senior ialah Mukhairi Ajmal, Azam Azmi, Safwan Mazlan, Harith Haiqal, Nooa Laine, Zikri Khalili, Ruventhiran, Sikh Izhan, Aliff Izwan, Haqimi Azim dan T. Saravanan.

Senarai ini juga menyaksikan tiada nama pemain muda JDT itu untuk membantu skuad muda negara di Qatar, April ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin menyatakan bahawa beliau tidak mahu Arif Aiman terbeban dengan pelbagai tugasan antarabangsa.

Advertisements

“Nanti kita tengok dulu senarai daripada jurulatih. Akan tetapi, pada pandangan saya, kalau di Eropah, pemain yang dah bersama skuad senior tidak lagi beraksi buat pasukan junior.”

“Ini juga berkaitan semangat dia. Kalau semua perlawanan dia pergi, dia akan pengsan,” tegasnya ketika ditemui di Majlis Townhall Bola Sepak Wanita di Petaling Jaya.

Skuad muda negara akan menghadapi 5 perlawanan persahabatan sebagai persediaan dengan aksi Piala Asia B-23 2024 di Qatar akan berlangsung dari 15 April hingga 3 Mei depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram