FAM Tak Mahu Risikokan Arif Aiman
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu mengambil risiko dengan menyenaraikan pemain kebangsaan, Arif Aiman ke kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman berkata, senarai pemain yang dipanggil bergantung kepada ketua jurulatih, Juan Torres Garrido dan menyerahkan sepenuhnya kepada beliau bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Namun Datuk Noor Azman menyuarakan pendiriannya agar Arif Aiman terus kekal fokus membantu skuad senior supaya pemain berusia 22 tahun itu terus kekal cergas.

Advertisements

“Mengenai (Arif Aiman) saya menyentuh sedikit ulasan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, jika dia bermain semua perlawanan, dia akan tertekan. Jadi biarlah dia fokus kepada pasukan kebangsaan,” katanya ketika Hari Bola Sepak Wanita di Putrajaya.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin memberi bayangan bahawa Arif Aiman tidak akan dibawa ke Qatar bagi saingan Piala Asia bawah 23 tahun.

“Nanti kita tengok dulu senarai daripada jurulatih. Akan tetapi, pada pandangan saya, kalau di Eropah, pemain yang dah bersama skuad senior tidak lagi beraksi buat pasukan junior,” ujar Datuk Hamidin sebelum ini.

Advertisements

Di Piala Asia itu nanti, Malaysia diundi di kumpulan D bersama-sama Kuwait, Vietnam dan juga naib juara edisi lalu, Uzbekistan.

Aksi pertama skuad bimbingan Juan Torres Garrido menyaksikan Uzbekistan bakal menjadi lawan pertama pada 17 April sebelum turun menentang Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram