Arif Aiman Tumpuan Asia, Dalam Senarai Bintang Masa Depan ACL ‘Matchday 6’
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus diberi pengiktirafan yang selayaknya di pentas bola sepak Asia apabila tersenarai dalam kelompok bintang masa depan (future star) di Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Bintang berusia 21 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Tano Solari untuk mengemudi jentera serangan pasukan.

Beliau berjaya memberi impak yang diharapkan selepas merekodkan satu jaringan dan satu bantuan jaringan menentang BG Pathum United bagi aksi ke-6 kumpulan.

Advertisements

Menerusi satu hantaran oleh ACL, pemain kelahiran Pahang ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila persembahan cemerlangnya telah meletakkan beliau sebaris dengan bintang muda lain di Asia.

Antara bintang lain yang turut menyerlah ialah pemain FC Nasaf, Alibek Davronov, Marwan Al-Sahafi (Al-Ittihad) dan Sota Miura (Ventforet Kofu).

Arif diturunkan dalam semua perlawanan di ACL musim ini dan memperoleh tiga jaringan dengan dua bantuan gol juga berjaya dicatatkan olehnya.

Advertisements

Pemain sayap lincah Malaysia ini juga baru sahaja disenarai dalam pemain tumpuan di Piala Asia menerusi persembahan memukau dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram