(Arkib) ‘Tengok Cara Malaysia Main, Mudah-Mudah Je Tapau Bayern Munich’
Arkib
Youtube / NFDP
Advertisements

Artikel arkib untuk aksi perlawanan skuad Malaysia B-13 menentang Bayern Munich B-13 pada tahun 2015 di Padang Sabener Strasse, Bandar Munich, Jerman.

Dalam perlawanan ini skuad kendalian Lim Teong Kim berjaya menewaskan skuad muda Bayern Munich 2-1 dan Lim Teong Kim menunjukkan reaksi bersahaja membiarkan bakat muda bermain bola sepak tanpa tekanan yang tidak sepatutnya.

Malaysia mensia-siakan beberapa peluang keemasan namun melihat cara pemain muda ini beraksi, rata-rata penyokong gembira dan yakin Malaysia berada di landasan yang betul untuk pembangunan peringkat akar umbi.

Advertisements

Jaringan Malaysia dijaringkan oleh Firdaus Ramli (31) dan Asman Asrul (53).

“Dengan corak permainan seperti ini, Malaysia mungkin akan bermain di Piala Dunia (suatu hari nanti).” – Jelas Eric Dawson, salah seorang pemerhati di Youtube NFDP.

Advertisements

Skuad NFDP ini pada waktu tersebut menjangkau usia 2 tahun dan pemain mula menunjukkan keserasian dan pemahaman yang baik.

Walaubagaimanapun, fasa pertama NFDP berakhir pada tahun 2020 dan terdapat beberapa pihak menilai projek ini sebagai gagal namun terdapat juga pihak yang ingin projek NFDP ini disambung ke fasa dua.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram