Ads
EPL
Arsenal

Penyokong Arsenal terpaksa menelan kepahitan apabila pemain baru mereka, Mikel Merino terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Advertisements

Pemain tengah berusia 29 tahun itu baru sah menyertai The Gunners dari Real Sociedad pada 27 Ogos lalu dengan yuran perpindahan £31.6 juta (RM179 juta).

Advertisements

Merino menjadi pemain kedua menyertai Arsenal untuk kempen 2024/25 selepas bekas pemain pertahanan muda Bologna dari Itali, Riccardo Calafiori. Beliau menyertai sesi latihan The Gunners buat kali pertama pada 29 Ogos lepas.

Advertisements

Advertisements

Merino mengalami keretakan kecil pada bahagian bahu selepas berlanggar dengan rakan sepasukan dan bek tengah, Gabriel Magalhaes semasa latihan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan perkara itu dan menjangkakan bekas pemain tengah Newcastle United itu akan berehat selama beberapa minggu.

Advertisements

“Ia sesuatu yang malang. Semalam beliau mengalami perlanggaran dan mengalami kecederaan bahu. Beliau perlu berehat selama beberapa minggu.

“Ia benar-benar nasib buruk dan kami semua sangat teruja. Beliau kelihatan sangat baik, beliau mendarat di atas lantai, Gabi pergi di atasnya dan ia kelihatan seperti beliau mungkin mengalami keretakan kecil.

“Beliau berada dalam kesakitan, jadi kita perlu tunggu dan lihat dengan staf perubatan melakukan beberapa ujian lagi untuk mendapatkan jawapan yang lebih konklusif,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan pada 30 Ogos lalu.

Selain Merino, Arsenal juga tempang tanpa kelibat Gabriel Jesus dan Takehiro Tomiyasu untuk aksi liga menentang Brighton. Ini kerana kedua-duanya masih lagi belum cergas untuk aksi berkenaan.

Advertisements

Satu berita yang menggembirakan penyokong The Gunners ialah kehadiran bintang Chelsea, Raheem Sterling. Sterling menyertai pasukan utara London itu secara pinjaman semusim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram