Arsenal Umum Penaja Baru Dari Israel
MakanBola
Arsenal

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal mencetuskan rasa tidak puas hati ramai peminat bola sepak apabila mengumumkan penaja baru dari Iarael.

Ini selepas pengurusan The Gunners memeterai perjanjian penajaan dengan firma pengendali sumber manusia dan gaji Israel, Deel. Perjanjian ini menyaksikan logo Deel akan terpampang pada bahagian lengan jersi Arsenal pada musim hadapan.

Perjanjian ini juga menyaksikan Arsenal telah menemui penaja baru menggantikan Lembaga Pembangunan Rwanda menerusi logo penaja Visit Rwanda.

Perjanjian penajaan yang dimeterai pada 2018 itu menjadi sumber kontroversi susulan konflik yang tercetus antara Republik Demokratik Congo (DR Congo) dan pemberontak M23 yang mendapat sokongan Rwanda. Kedua-dua pihak kemudiannya menandatangani perjanjian damai pada November 2025.

Meskipun keamanan dicapai antara kedua-dua pihak, Arsenal memilih untuk menamatkan perjanjian penajaan dengan Rwanda berkuatkuasa pada akhir musim 2025/26. Nilai penajaan yang diraih The Gunners ialah £10 juta (RM53 juta).

Sebelum menjadi penaja lengan jersi Arsenal, Deel telah memeterai perjanjian sebagai rakan platform sumber manusia rasmi Arsenal pada Disember 2025.

Perjanjian ini juga mengundang kontroversi susulan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Deel, Alex Bouaziz. Ini kerana Bouaziz diketahui menyokong Israel dan aktiviti ketenteraan rejim terutama di Semenanjung Gaza.

Malah, ahli perniagaan berdarah Perancis-Israel itu turut berbangga kerana membeli pakaian dan bekalan yang diperlukan tentera rejim untuk operasi kejam mereka di wilayah Palestin.

Perjanjian ini telah mencetuskan kemarahan penyokong Arsenal. Ini kerana ini bukan kali pertama Arsenal dilihat menolak sentimen pro-Palestin dengan tindakan memecat kitman mereka, Mark Bonnick.