Asraruddin Putra Omar Kembali Ke Dunia Bola Sepak Sertai Kelana United FC
Dunia
Advertisements

Selepas sekian lama menyepi dari dunia bola sepak, bekas pertahanan kiri pasukan kebangsaan, Asraruddin Putra Omar kini kembali dengan menyertai pasukan amatur Kelana United FC.

Kelana United FC adalah salah sebuah pasukan yang bersaing dalam Subang Football League (SFL) yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). SFL merupakan sebahagian daripada Liga M4 Malaysia.

Untuk rekod, Asraruddin yang kini berumur 33 tahun merupakan salah seorang pemain yang ‘regular’ dalam skuad kebangsaan satu ketika dahulu dan beliau juga membantu Malaysia menjulang Piala AFF 2010 serta pingat emas Sukan SEA 2009 ketika dibawah bimbingan Datuk K.Rajagobal. Beliau telah mengumpul 25 kaps bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Asraruddin merupakan salah seorang pemain Selangor dari tahun 2007 hingga 2013 sebelum mengambil keputusan untuk merumput di JDT pada tahun 2014. Bersama JDT, beliau telah meraih kejuaraan Liga Super sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2014, 2015 dan 2016.

Namun kecemerlangan dan kejayaan yang dikecapi seperti direntap dengan kecederaan serius yang memaksa beliau berehat panjang dari aksi bola sepak. Beliau dilaporkan menyertai Pulau Pinang pada tahun 2017 namun sepi selepas itu. Dan kini, beliau menyertai Kelana United di bawah kendalian Fairuz Montana. Lebih manis lagi, beliau juga dilantik menjadi kapten pasukan.

Walaupun Kelana United berstatus amatur, namun pihak pengurusan Kelana United berjaya membawa masuk beberapa nama besar ke dalam pasukan. Antara nama besar yang dibawa masuk ialah bekas pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof, bekas pemain kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani dan bekas pemain Felda United, Adib Aizuddin.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram