Asri Ninggal Akui Ketiadaan Pemain Import Punca Kekalahan
Dunia
Melaka United
Advertisements

Pengendali Melaka United, Asri Ninggal menjelaskan kemungkinan dengan ketiadaan pemain import dalam kesebelasan utama menyebabkan pasukan Melaka mengalami kekalahan 4-0 semalam. 

Ketiadaan kapten Sonny Norde, Ifedayo Olusegun, Emmanuel Oti dan Justin Baas, serta Adrianoo yang hanya beraksi di babak pertama jelas membuktikan corak permainan pasukannya berubah.

Dalam pada itu, beliau juga akui bukan mudah untuk melawan pasukan JDT. Namun, Asri tetap memuji keberadaan pemain tempatan yang beraksi sehabis baik untuk pasukan. 

Advertisements

“Kelibat pemain import mewakili 47 peratus kekuatan Melaka United, jadi apabila kita tidak dapat turunkan mereka maka menganggu perancangan dan kekuatan pasukan itu.”

“Tambah pula kita berlawan dengan JDT dan beraksi di laman mereka sendiri dan sudah tentu ia bukan mudah buat kami.”

“Mengenai ketiadaan pemain import yang tidak dapat diturunkan, ada yang mengalami kecederaan dan ada pula yang bapa tidak sihat.”

Advertisements

“Bagaimanapun saya tetap puas hati dengan kelibat pemain tempatan yang tunjuk kesungguhan untuk menyaingi kehebatan JDT,” kata Asri kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram