Asri Ninggal Akui Pemain Melaka United Lalai
Dunia
Melaka United
Advertisements

Pengendali Melaka United, Mohd Asri Ninggal akui kehilangan fokus hingga minit akhir perlawanan membawa padah buat mereka apabila tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Bergson da Silva menjadi wira JDT apabila menjaringkan gol dalam waktu kecederaan sekali gus melayakkan JDT ke separuh akhir Piala FA.

“Kita patut salahkan diri sendiri kerana tidak fokus hingga akhir permainan. Pun begitu, kredit perlu diberikan kepada pemain saya kerana walaupun ketinggalan sejak minit ke-4, kami berjaya mengikat kedudukan hingga hujung permainan,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Asri turut memberi komen mengenai JDT yang dilihat lebih berbisa dengan kehadiran Bergson dalam pasukan mereka.

“Johor juga ‘lemah’ jika Bergson (Da Silva) tiada dan dia adalah penyerang terbaik yang Malaysia ada setakat ini,” katanya.

Melaka United akan meneruskan aksi Liga Super pada 26 Julai ini menentang pasukan tercorot liga, Penang FC yang berada dalam ‘mood’ terbaik selepas layak ke separuh akhir Piala FA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram