Advertisements
Atlet Korea Merana Kerana Meraikan Kemenangan Terlalu Awal
UltraSukan
UltraSukan
Yonhap

Seorang atlet kasut roda Korea Selatan terpaksa menutup mukanya yang merah padam kerana keraian awalnya mengakibatkan negara itu terlepas pingat emas Sukan Asia 2023.

Situasi ini dialami oleh Jung Cheol-won semasa perlumbaan final 3,000 meter berganti-ganti yang diadakan di Pusat Sukan Roda Qintang.

Cheol-won menyangka sudah mengatasi pesaingnya dari Taiwan, Huang Yu-Lin. Lantas, beliau mengangkat tangan ke udara kerana menyangka kemenangan dalam genggaman Korea Selatan.

Hakikatnya, Yu-Lin memastikan kakinya melepasi garisan penamat terlebih dahulu sebelum meraikan kejayaan pingat emas.

Hasilnya, Taiwan meraih pingat emas dengan catatan masa 4:05.692. Manakala Korea Selatan pula sekadar meraih pingat perak dengan catatan masa 4:05.702.

Video keraian awal Cheol-won tular di media sosial termasuk di TikTok. Bagi atlet kasut roda itu, hanya penyesalan yang boleh diungkapkan.

https://twitter.com/okizo4649/status/1709128132631126245

“Saya telah melakukan satu kesilapan besar. Saya mohon maaf kepada rakan-rakan sepasukan saya dan penyokong yang menyokong kita,” katanya kepada agensi berita Yonhap.

Insiden ini dilihat satu pengajaran kepada semua atlet di luar sana agar kekal fokus sehingga tamat pertandingan.

Ini tidak sedikit pun menggugat Korea Selatan yang menduduki tangga ketiga pungutan pingat keseluruhan Sukan Asia 2023. Mereka mengumpul 33 pingat emas, 47 pingat perak dan 77 pingat gangsa.

Related Articles