Advertising
Atlet Paralimpik Bunuh Isteri Di Majlis Perkahwinan
UltraSukan
Collins

Seorang atlet paralimpik Thailand telah menembak mati isterinya dan 3 orang yang lain sebelum membunuh diri pada majlis perkahwinannya.

Atlet tersebut dikenali sebagai Chaturong Suksuk telah menembak isterinya, Kanchana Pachunthuek, 44 tahun sehingga maut di majlis tersebut.

Mangsa yang lain merupakan ibu mertuanya sendiri iaitu Kingthong Klajoho, 62 tahun, adik iparnya, Kornnipa Manato, 38 tahun, dan Thong Nonkhunthod, 50 tahun yang hadir sebagai tetamu.

Ad

Manakala seorang tetamu didapati cedera parah iaitu Bamrung Chatherat, 28 tahun selepas terkena peluru sesat dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ad

Pada malam kejadian, menurut sumber Bangkok Post, para tetamu yang hadir mendapati Chaturong kelihatan dingin dan tidak gembira seperti pengantin lelaki yang biasa.

Tidak lama kemudian, beliau berlari keluar dari majlis dan berlari ke arah keretanya. Dia kembali ke majlis dengan sepucuk pistol di tangan seterusnya melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai mangsa-mangsa kejadian.

Ad

Atlet berusia 29 tahun itu kemudiannya menembak dirinya sendiri dan mati di tempat kejadian.

Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut dan tiada sebarang motif yang dapat disahkan lagi.

Chaturong Suksuk merupakan bekas tentera laut namun salah satu kakinya digilis kereta api dan terputus dalam kemalangan tersebut.

Sejak itu, beliau terlibat dalam sukan paralimpik dan berjaya meraih pingat perak bagi kontinjen Thailand dalam acara renang di Sukan Para ASEAN 2022 yang berlangsung di Indonesia.

Beliau juga antara yang tersenarai untuk bertanding di World Abilitysport Games 2023 yang akan diadakan di Nakhon Ratchasima, Thailand tidak lama lagi.