Ayron Del Valle Pamer Ketajaman Di Bolivia
Dunia
Club Always Ready
Advertisements

Bekas penyerang Selangor FC, Ayron Del Valle tidak memerlukan masa yang lama untuk mempamerkan aksi tertinggi bersama kelab barunya di Bolivia, Club Always Ready.

Sehingga kini, Ayron sudah diturunkan dalam dua perlawanan dengan dua jaringan sudah pun berjaya dicetak. Selain itu, penyerang berusia 35 tahun itu turut menyumbang satu bantuan gol buat pasukannya.

Dua gol yang dijaringkan Ayron adalah untuk saingan liga manakala satu bantuan gol yang dihasilkan adalah untuk saingan Piala Copa Libertadores.

Advertisements

Lebih menarik lagi, Ayron hanya memerlukan masa tiga minit sahaja untuk menyerlah dalam saingan Copa Libertadores. Ayron yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-86 dalam perlawanan pusingan kedua menentang Sporting Cristal dan mencetak satu bantuan gol pada minit ke-89.

Perlawanan tersebut dimenangi Club Always Ready dengan keputusan 6-1. Pada aksi timbal balik, Ayron hanya diletakkan di bangku simpanan memandangkan agregat yang besar sudah pun dicatatkan pada aksi pertama pusingan kedua.

Untuk rekod, Ayron merupakan pemenang kasut emas Liga Super 2023 ketika menyarung jersi Selangor dengan meledak 22 jaringan dalam 24 perlawanan. Secara keseluruhan, Ayron telah meledak 24 gol dalam 31 perlawanan untuk Gergasi Merah.

Advertisements

Musim baharu Liga Super yang dijadualkan bermula Mei depan, Selangor menggunakan khidmat penyerang baharu dari Chile, Ronnie Fernandez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram