Azam Azmi & Ivan Mamut Cetus Keresahan Kem Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Jaguh Pantai Timur, Terengganu FC mula gelisah melihat isu kecederaan yang menimpa dua tonggak utama, Azam Azmi Murad dan Ivan Mamut.

Kegusaran ini diluahkan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Terengganu FC di media sosial rasmi pasukan.

Namun apa yang melegakan jurulatih kelahiran Croatia ini adalah kembalinya tiga pemain kebangsaan iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Suhaimi Husin ke kem pasukan bagi menghadapi aksi pra musim.

Advertisements

”Menurut pengendali pasukan Terengganu FC iaitu Tomislav Steinbruckner, 3 orang pemain kebangsaan iaitu Safawi, Akhyar dan juga Suhaimi akan kembali bersama pasukan untuk 3 aksi perlawanan persahabatan ini,” ujar Terengganu FC di laman X.

Tonggak pertahanan pasukan, Azam Azmi yang ditimpa kecederaan serius ketika menentang Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia minggu lalu pula disahkan oleh Steinbruckner bakal berehat panjang manakala Ivan Mamut memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali.

“Namun begitu, 2 lagi pemain utama pasukan iaitu Azam Azmi dan Ivan Mamut tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan. Bagi Tomislav, Azam dilihat memerlukan masa yang agak panjang untuk kembali sembuh dan Ivan Mamut pula dijangka akan dapat kembali bersama pasukan tidak lama lagi.”

Advertisements

Bercakap mengenai persiapan pasukan ke aksi pra musim, Steinbruckner lebih mengutamakan aspek kecergasan serta kefahaman taktikal pasukan tanpa menafikan keputusan perlawanan turut menjadi faktor membina keyakinan dalam pasukan.

“Bagi beliau, pada ketika ini, menguji kecergasan setiap pemain serta kefahaman taktikal adalah menjadi keutamaan untuk memastikan keserasian dapat diteriemahkan. Baginya keputusan perlawanan juga penting untuk membina motivasi buat para pemainnya,” tambah Steinbruckner dalam hantaran tersebut.

Terengganu kini sedang giat melakukan persiapan rapi bagi menghadapi aksi pra musim di Lembah Klang dengan Selangor II, PDRM dan Negeri Sembilan bakal menjadi lawan skuad Penyu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram