Azam Azmi & Nurillo Tukhtasinov Gandakan Keceriaan Kem Terengganu
Hiburan
Terengganu FC
Advertisements

Pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad dan Nurillo Tukhtasinov menggandakan keharmonian dalam kem Terengganu.

Gelagat dua pemain ini mendapat perhatian warga maya tatkala klip pendek yang memaparkan gelagat mereka berdua telah dimuat naik di laman media sosial rasmi, Terengganu.

Azam dan Nurillo sempat bermain Bottle Flip Challenge sementara menunggu sesi latihan skuad kendalian Tomislav Steimbruckner bermula. Dalam cabaran tersebut, Nurillo dilihat lebih layak diangkat sebagai juara menewaskan Azam selepas Flip Bottle yang dilakukan import dari Uzbekistan itu lebih menjadi.

Advertisements

Kelakuan dua tonggak utama Skuad Penyu ini telah mendapat perhatian peminat dan penyokong pasukan Terengganu. Rata-rata penyokong terhibur dengan telatah dua pemain ini dan ada antara mereka yang meninggalkan respon di ruangan komen.

Hantaran tersebut kini telah mencecah 100 ribu tontonan di laman Instagram dan hampir 70 respon telah membanjiri ruangan komen di laman Facebook.

Advertisements

Momen-momen seperti ini sebenarnya menjadi nilai tambah keharmonian dalam pasukan.

Sesi latihan pra-musim Terengganu dilihat sebagai persiapan terbaik buat anak buah Tomislav Steinbruvkner sebelum kempen Liga Super Malaysia membuka tirai pada Mei, kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram