‘Supersub’ Azfar Fikri Jadi Wira Titik Thailand
Dunia
Azfarfikri6
Advertisements

Pemain sayap pasukan bawah 23 tahun negara, Azfar Fikri muncul wira buat pasukan negara apabila gol pada minit akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan ke atas Thailand.

Beliau yang masuk untuk menggantikan Luqman Hakim Shamsudin jelas memberi impak yang cukup luar biasa apabila gerakannya seringkali menyukarkan barisan pertahanan gajah perang.

Malah, kelibat beliau yang bergandingan bersama Hadi Fayyadh dan juga Syafik Ismail jelas bertenaga untuk memburu gol kedua negara selepas Danial Asri mencetak gol penyamaan pada babak kedua.

Advertisements

ini jelas menjadi pemangkin semangat buat anak buah Brad Maloney yang melancarkan serangan bertali-arus untuk menggandakan kedudukan.

Usaha keras Syafik yang menggunakan kelebihan kepantasan dan juga kelincahan beliau untuk menyelinap masuk ke dalam kotak penalti nyata membuahkan hasil.

Hal ini terbukti apabil gerakan lincah pemain Terengganu ini beberapa kali memerangkap pertahanan lawan yang seakan mati akal untuk mengekang lariannya.

Advertisements

Peluang terbaik hadir pada serangan balas pantas pada minit akhir apabila bola yang diterima oleh Syafik dihantar kepada Hadi yang melepaskan rembatan namun berjaya dihalang.

Ketenangan Azfar yang tidak terburu-buru untuk melepaskan rembatan sebaliknya menunggu peluang terbaik apabila melihat Kawin yang sudah hilang kawalan sebelum rembatannya melepasi kawalan pertahanan Thailand.

Ini menjadi detik yang amat penting buat pasukan muda negara untuk memperoleh kemenangan berharga pada perlawanan pembukaan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram