Azfar Fikri Tak Sabar Robek Gawang Laos
Dunia
AFC Asian Cup
Advertisements

Pemain muda Terengganu FC II, Azfar Fikri melaungkan keyakinan untuk menebus kekalahan dua kali bertemu kepada pasukan Laos pada AFF yang lalu. 

Pemain berusia 22 tahun ini berpendapat bahawa skuad kali ini lebih baik berbanding sebelum ini dan kejohanan ini merupakan tempat terbaik buat skuad negara untuk balas dendam semula kepada Laos.

“Pertama sekali, kita nak tebus balik pada kekalahan AFF yang lepas. Kita kalah dua kali bersama Laos. Kali ni skuad berbeza, ini adalah masanya untuk kalahkan,”

Advertisements

“Alhamdullilah, semua pemain tengah bersemangat dan motivasi untuk jumpa Laos.

Namun, pemain sayap lincah ini tetap berwaspada akan persiapan skuad Laos yang dilihat lebih rapi pada kali ini dan tidak mahu mengambil mudah dengan keupayaan mereka. 

“Tapi, Kita tidak boleh pandang rendah terhadap pasukan laos kerana mereka buat persiapan yang rapi untuk Sukan SEA kali ini. harapnya semuanya berjalan lancar,” jelas Azfar di Shootappmy.

Advertisements

Pemain sayap negara ini muncul wira buat pasukan negara apabila gol pada minit akhirnya berjaya memberi kemenangan berharga ke atas Thailand.

Pasukan Malaysia dijadualkan akan menentang pasukan Laos bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan B pada 11 Mei 2022 ini jam 8.00 malam Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram