Azmeer Yusof: Hanya Ada Seorang Pemain Import Yang Benar-Benar Layak Dinaturalisasikan
Dunia
Kedah FC
Advertisements

Bekas pemain pertahanan kiri pasukan Kedah Darul Aman FC, Azmeer bin Yusof baru-baru ini berkongsikan pandangan dan juga pendapat peribadi beliau secara umum mengenai prestasi semasa skuad Harimau Malaya dan juga berkaitan dengan persembahan pemain naturalisasi yang tampil buat pertama kalinya.

Pemain kelahiran Taiping, Perak itu menyatakan pasukan negara mempunyai kelebihan apabila meletakkan kehadiran pemain import di atas padang. Beliau juga menambah, pemain import ini memberi elemen tambahan dari sudut ketinggian, kekuatan malah mentaliti yang dibawa ke dalam padang juga jauh lebih baik berbanding pemain tempatan.

Sungguhpun begitu, bekas pemain Kuala Lumpur ini tidak menafikan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain naturalisasi ini tidak mencapai tahap yang diharapkan.

Advertisements

“Kalau kita tengok persembahan ketika menentang UAE, mereka main tak main, lari pun tak lari.”

Azmeer juga percaya situasi yang berbeza boleh berlaku jika jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memilih untuk meletakkan pemain tempatan. Katanya, pemain kita mempunyai semangat yang lebih baik untuk bermain ketika menyarung jersi keramat itu.

Pemain berusia 31 tahun ini menjelaskan bahawa pemain naturalisasi ini memang telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, namun tidak bermakna ia boleh diterima dengan mudah oleh penyokong tanah air.

Advertisements

“Saya cuma mengharapkan pemain naturalisasi ini bermain dengan bersungguh-sungguh sungguhpun saya tahu mereka telah melakukan yang terbaik.”

Azmeer juga menyatakan disiplin, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh bakal menjadikan seseorang pemain bola sepak itu lebih diangkat berbanding mereka yang hanya mempertaruhkan bakat.

Katanya di akhir penjelasannya, beliau hanya melihat seorang sahaja pemain yang layak untuk dinaturalisasikan bagi mewakili skuad kebangsaan kelak. Individu yang dimaksudkan itu ialah Gonzalo Cabrerra.

Advertisements

“Apa yang saya nampak, hanya ada seorang sahaja pemain naturalisasi yang layak mewakili Malaysia iaitu Cabrerra daripada JDT.”

Azmeer percaya setiap pemain yang dinaturalisasikan boleh memberikan suntikan tambahan dan berharap agar dapat menampilkan persembahan yang setara seperti ketika mewakili kelab masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram