Advertisement
Azmi Muslim: Kuota Pemain Import Terlalu Banyak
Dunia
MakanBola
Astro Arena

Menurut satu kenyataan daripada bekas pemain kebangsaan, Azmi Muslim merasakan bahawa kuota pemain import bagi musim ini terlalu banyak. Namun beliau sedar bahawa kualiti yang dipersembahkan oleh pemain import mampu memberi tarikan yang tinggi dalam Liga Malaysia.

Pemain Penang FC ini turut menyatakan 3 kuota yang beliau cadangkan itu adalah yang terbaik kerana apabila pemain import terlalu ramai mereka semestinya akan mengambil posisi-posisi penting. Oleh itu, beliau harap kuota untuk pemain import harus dikurangkan.

“Sejujurnya saya merasakan kuota lima import ini terlalu banyak. Saya tahu pemain import ini penting untuk menaikkan kualiti liga kita tetapi ia telah memberi impak kepada pemain tempatan yang sukar bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama,”ujarnya kepada Harimau Malaya.

“Saya rasa kita patut kurangkan kuota pemain import kepada tiga seperti sebelum ini kerana ia membuka peluang kepada pemain-pemain untuk mendapat tempat sekaligus memberi minit permainan yang sangat penting untuk seseorang pemain.

Menurut Azmi lagi, beliau juga menjelaskan bahawa antara punca ketiadaan penyerang adalah sering menggunakan pemain import sebagai penyerang dan ini membuatkan pemain tempatan sukar untuk mendapatkan posisi dalam kesebelasan utama.

Sementara itu, jika diberi peluang kepada pemain tempatan untuk beraksi mungkin mereka akan meningkatkan lagi kecemerlangan skuad negara.

Dalam pada itu jelasnya, hampir 80 peratus pemain Penang FC adalah muka baru yang akan beraksi pada musim 2022 ini dan beliau sentiasa menharapkan kerjasama yang baik antara pasukan akan memberikan impak yang positif untuk meningkatkan lagi prestasi kelab.

“Boleh dikatakan 80 peratus pemain Penang FC adalah muka baru, jadi saya harap kami dapat membina keserasian sepanjang pra musim ini untuk menghadapi musim hadapan.”