Ads
Liga Super
PDRM FC

Beberapa hari lepas, ramai peminat bola sepak terkejut dengan keputusan PDRM FC merehatkan jurulatih Azzmi Aziz dan melepaskan kapten mereka, Azmi Muslim. Tetapi bekas pemain pertahanan Harimau Malaya itu menerima keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan The Cops.

Advertisements

Mengakui tidak tahu sebab dirinya dilepaskan, Azmi pada masa sama melihat jodohnya bersama Sang Saka Biru hanya setakat di sini saja.

Advertisements

Bek kiri berusia 36 tahun itu turut tidak menolak peluang menyertai pasukan lain bila tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka bulan hadapan.

Advertisements

Advertisements

“Saya tidak tahu di mana silapnya tetapi saya menghormati keputusan kelab dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya percaya kelab mempunyai alasan dan perancangan mereka tersendiri, jadi sebagai pemain, saya menerimanya. Memang saya agak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi saya anggap bukan rezeki saya di PDRM FC.

Advertisements

“Saya telah memberikan yang terbaik buat pasukan dan kelab, saya anggap sampai di sini sahaja rezeki saya bersama PDRM.

Advertisements

“Dan saya percaya perancangan Allah lebih baik dan Insya-Allah masih ada rezeki saya bersama pasukan lain di luar sana,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram