Jurulatih penjaga gol Cong An Ha Noi FC, Azmin Azram berkongsi perbezaan cabaran di Liga Malaysia dan juga Vietnam.
Pasukan Liga Super, Sabah FC telah mengumumkan ketibaan penyerang Brazil, Joao Pedro bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ramon Machado.
Beliau segera memberikan impak apabila menjaringkan gol debut dan membantu The Rhinos untuk meraih satu mata bertemua Terengganu.
Azmin yang pernah melihat aksi Pedro ketika di Vietnam telah merungkai sisi berbeza pemain berusia 24 tahun itu memiliki kualiti tersendiri untuk membantu Sabah FC.
“Sepanjang saya melihat Pedro bermain menentang pasukan saya (CAHN FC), Viettel memiliki pemain tempatan yang baik.
“Beliau (Joao Pedro) kurang menjaringkan gol tetapi banyak melakukan bantuan. Kita perlu lihat pergerakan tanpa bola dan juga dengan bola untuk mengenal pasti kekuatan pemain ini.
Bekas jurulatih penjaga gol Malaysia ini berpendapat bahawa terdapat perbezaan cabaran yang ditempuhi pemain ini di Vietnam dan juga Malaysia.
“Liga Vietnam agak agresif. Pemain import tidak dibenarkan untuk membuat kerja dengan baik dalam sesuatu perlawanan. Itu satu cabaran yang diambil oleh Joao Pedro sepanjang beraksi di Vietnam,” katanya kepada Astro Arena.
Sabah akan berkunjung ke Selayang bagi aksi bertemu PDRM pada 21 September 2024.