Azri Mahu Ikut Jejak Kevin Mendoza
Dunia
MFL
Advertisements

Penjaga gol baharu Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani mengakui teruja apabila diberi peluang untuk beraksi dalam kelab yang telah menjuarai Piala Malaysia musim lepas.

Penjaga gol yang berusia 22 tahun ini meluahkan rasa gembira apabila dapat bekerjasama dengan Kevin Mendoza kerana bagi beliau ini adalah peluang emas untuk belajar dan ambil ilmu dari dia (Kevin).

Dalam pada itu, Azri turut menegaskan selama diikat kontrak dalam tempoh dua tahun ini, beliau akan fokus untuk menimba ilmu sekaligus membawa beliau untuk menjadi lebih cemerlang pada musim 2023 nanti.

Advertisements

“Memang cabaran besar sebenarnya apabila berpindah ke Kuala Lumpur, tapi yang bagusnya adalah saya akan dapat pengalaman baharu dengan Kevin (Kevin Mendoza).”

“Ini juga akan menjadi tanggungjawab saya sebab boleh belajar dan ambil ilmu dengan dia sebab kita tahu bagaimana dia dah melakukan tugas yang cukup baik pada tahun lepas.”

“Jadi, memandangkan saya ikat kontrak selama dua tahun, untuk musim pertama ini saya akan belajar banyak benda dahulu dan selepas itu saya sasarkan musim kedua adalah musim saya untuk menjadi lebih baik.”

Advertisements

Sementara itu, Azri bersikap positif dengan kemampuan rakan seperjuangan yang akan beraksi menentang lawannya dalam Kumpulan H kerana baginya pemain KL City FC bukan “calang-calang”.

Azri juga optimis untuk bersaingan dengan penjaga gol lain supaya dapat bermain dalam kesebelahan utama pada kejohanan itu nanti.

“Saya akan beri komitmen yang terbaik untuk belajar supaya jurulatih (Bojan Hodak) juga akan nampak usaha keras saya,” jelasnya kepada MFL.

Advertisements

“Dengan pemain-pemain yang ada dalam Kuala Lumpur sekarang, saya percaya kita setanding dengan lawan-lawan yang ada dalam Kumpulan H.”

“Sebelum ini saya pun pernah bersaing di pentas Asia dengan Kedah dan ini tahun kedua dengan Kuala Lumpur pula, jadi saya anggap ia adalah rezeki yang besar untuk saya.”

“InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk cuba rebut tempat dengan penjaga gol lain supaya dapat diturunkan dalam kejohanan itu nanti,” jelasnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram