Advertisement
Azrif Nasrulhaq Kini Bergelar Usahawan
Perniagaan
MakanBola
Azri / MakanBola

Pertahanan kental Sri Pahang FC, Azrif Nasrulhaq kini mengikuti jejak langkah pemain lain dengan menceburi bidang perniagaan.

Pemain berusia 32 tahun itu beraksi secara pinjaman bersama pasukan Tok Gajah musim ini.

Bekas bintang Selangor FC itu beraksi secara konsisten di bawah kendalian Fandi Ahmad dan mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Kecemerlangan bintang JDT ini terserlah apabila beliau menjaringkan gol yang cukup cantik ketika berdepan Kelantan United tempoh hari.

Perkembangan terkini beliau menyaksikan Azrif telah melebarkan sayapnya untuk menceburi perniagaan sebagai kerjaya sampingan.

Menerusi perkembangan terbarunya, pemain versatil ini telah membuat keputusan untuk memceburi bidang perniagaan kucing.

Perniagaan yang dinamakan sebagai Cathotel Radia ini terletak di Radia Arena, Bukit Jelutong merupakan sebuah pusat penjagaan kucing.

Beliau mengusahakan perniagaan ini bersama isteri tercinta sambil meneruskan kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Lokasi kedai yang strategik ini menyediakan hotel kucing di samping khidmat lain seperti penjagaan dan rutin harian kucing.

Ini juga bukanlah perniagaan pertama beliau setelah menceburi pelbagai jenis sebelum ini.

Model perniagaan yang dianggap unik ini mampu menarik pencinta kucing sambil memberi bayangan bahawa sambutan awal amat memberangsangkan.