Advertising
Zamsaham: Bangkit Semula
MakanBola
TRW Kelantan FC

Setelah lama menyepi, pemilik TRW Kelantan FC, Zamsaham kini kembali dengan satu hantaran di Facebook.

Zamsaham atau nama sebenarnya Norizam Tukiman adalah pemilik kelab TRW Kelantan FC sejak musim 2020 setelah beliau melaburkan lebih jutaan ringgit untuk miliki majoriti saham pasukan.

Ad

Walau bagaimanapun, ujian melanda pasukan dari Pantai Timur ini apabila satu demi satu pemain dan staf memilih untuk meninggalkan TRW Kelantan FC gara-gara masalah tunggakan gaji.

Ad

Hal ini memaksa TRW Kelantan FC mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super selepas rayuan untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak Malaysia Football League (MFL).

Di laman Facebook, Zamsaham kembali memuat naik sebuah hantaran setelah hampir 16 bulan menyepi dengan persoalan mengenai situasi ekonomi kini yang dilihat berada di ambang kegawatan bagi pasaran saham.

Ad

“Adakah kita di ambang kegawatan ekonomi dan kejatuhan pasaran saham?” soal Zamsaham dalam satu hantaran di laman Facebook.

Ad

Tambah Zamsaham lagi, kejatuhan yang dialami ketika tahun 2020 lalu telah membuka peluang buat beliau untuk bangkit semula menjana wang pada tahun 2025 ketika ini.

Ad

“Kejatuhan pada tahun 2020 memberi peluang untuk buat duit, inshaAllah pada tahun 2025, kejatuhan lagi boleh dimanfaatkan untuk buat duit dan selesaikan masalah.”

“Bangkit semula!” tegas Zamsaham lagi yang turut memiliki rangkaian perniagaan lain seperti hotel dan makanan ringan iaitu burger.

Nama Zamsaham sudah semestinya berada dalam ingatan penyokong bola sepak Kelantan apabila beliau sebelum ini telah didesak bagi menjual saham dan melepaskan pemilikan kelab.

Walau bagaimanapun, Zamsaham tetap bertegas tidak mahu menjual sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir pelabur yang digelar Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK).

Maka, GSK telah mengambil langkah alternatif dengan mewujudkan Kelantan Red Warrior yang dijangka akan beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments