Terkini: Selamat Tinggal Kelantan FC
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pasukan Kelantan FC kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super 2024/2025 selepas rayuan mereka untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi MFL, Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 buat pasukan Kelantan FC ditolak selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

“Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) telah bermesyuarat semalam (16 Januari 2024) dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 adalah ditolak selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Advertisements

“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi sekali gus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

“Untuk rekod, Kelantan FC sebelum ini mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa AB berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1 Januari 2024,” umum MFL melalui Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah.

Advertisements

Pemakluman dari MFL ini sudah pasti memberi tamparan hebat buat penyokong setia The Red Warriors yang sememangnya mendambakan kebangkitan pasukan dalam saingan musim baharu.

Musim 2023 menyaksikan Kelantan menduduki tangga tercorot Liga Super dengan hanya mengutip 8 mata selepas 26 perlawanan.

Advertisements

Lebih malang lagi, Kelantan mencipta satu rekod yang buruk apabila menjadi pasukan pertama yang dibolosi melebihi 100 gol dalam serajah penganjuran Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram