Badan Siasatan Bebas Harimau Malaya Ditubuhkan
Dunia
Astro Awani
Advertisements

Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan penubuhan badan bebas bertujuan mengenal pasti permasalah skuad negara di kempen Piala AFF 2020.

Menurut FAM, badan ini akan dianggotai oleh beberapa individu bukan dari FAM dan melantik bekas pemain kebangsaan yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan untuk mengetuai siasatan.

“Tugas utama badan bebas ini adalah untuk melakukan bedah siasat terlebih dahulu terhadap laporan dan analisis lengkap daripada barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan kebangsaan mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura, tempoh hari yang telah pun siap dan diserahkan kepada Sekretariat FAM, baru-baru ini.” Jelas Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM.

Advertisements

Sebelum ini, Malaysia gagal melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF setelah tewas dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Indonesia selain turut tewas besar 4-0 kepada pasukan Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram