Baddrol Idam Jaringkan Gol Di AFF Suzuki
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Menurut kenyataan daripada ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menyifatkan persaingan merebut tempat dalam skuad kebanggsaan bagi Piala AFF Suzuki kali ini cukup sengit. 

Biarpun pemain kelahiran Kedah itu dianggap sebagai pemain tengah yang berpengalaman, beliau tidak menafikan bahawa untuk berada dalam skuad utama bukan suatu perkara yang mudah. 

“Saya melihat panggilan kali ini, senarai pemain yang dipanggil memang persaingannya begitu sengit. Bagi saya untuk berada dalam senarai akhir atau skuad utama pun akan berlaku saingan sengit.”

Advertisements

Walaubagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu menyatakan bahawa barisan pemain yang terpilih adalah dikalangan para pemain yang berjaya menonjolkan prestasi yang terbaik. Beliau juga akui skuad sedia ada kali ini merupakan skuad terbaik buat Harimau Malaya. 

Pemain skuad kebanggsaan itu tekad untuk menjaringkan gol serta ingin mempamerkan aksi yang terbaik buat skuad Harimau Malaya. Walaupun bukan mudah, beliau menegaskan bahawa tidak mustahil bagi skuad Harimau Malaya untuk layak ke pentas akhir.

“Bagi saya skuad kali ini adalah skuad terbaik dan sesiapa yang dipanggil ke skuad kebangsaan merupakan pemain terbaik di Liga-M ketika ini.”

Advertisements

“Sasaran saya adalah menjaringkan gol dan bagi sebaik mungkin kepada pasukan. Tetapi yang penting sekali kami perlu menang satu-satu perlawanan dan layak ke separuh akhir. Insya-Allah kalau rezeki ada pada Malaysia tak mustahil kita ke final” kata Baddrol kepada Bernama.

Untuk rekod, prestasi yang ditonjolkan oleh Baddrol Bakhtiar sememangnya terbukti apabila berjaya mengumpul 7 gol peribadi musim ini dan juga berjaya membantu pasukan Kedah untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram