Malaysia berpeluang untuk melihat lebih ramai bintang kacukan membuat kemunculan selepas menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mewakili skuad kebangsaan.
Pemain berusia 14 tahun itu merupakan prospek masa depan yang sedang meningkat naik di New Zealand.
Beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia melalui ibunya yang merupakan warganegara ini.
Bintang muda yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Angelo Dennen, pemain kelahiran New-Zealand-Malaysia.
Lahir di New Zealand, beliau memiliki kebolehan untuk beraksi di beberapa posisi seperti pertahanan kanan dan juga pemain sayap kanan.
Angelo juga memiliki ketinggian yang amat baik pada usia yang cukup muda iaitu sekitar 1.72 m.
Malah, beliau juga menyatakan kesediaan untuk mewakili Malaysia sekiranya diberikan peluang.
“Saya kini bermain bola sepak di zealand baru untuk sebuah akademi, dan saya mempunyai percubaan untuk Wellington Phoenix satu-satunya kelab profesional di zealand baru-baru ini.”
Saya berharap untuk mewakili malaysia suatu hari nanti,” jelasnya kepada laman pencari bakat, Future Talents.
Kualiti dan pendedahan tahap tinggi dalam kancah bola sepak di luar negara bakal menjadi kelebihan buatnya untuk terus berkembang dan menjadi pemain berpotensi besar pada masa hadapan.