Bakat Baru: Pemain Berdarah Malaysia Dikesan Di Barcelona
Harimau Malaya
naimgarciacs
Advertisements

Semakin hari, semakin ramai pemain berdarah keturunan Malaysia yang beraksi di benua eropah berjaya dikesan kumpulan pencari bakat.

Sememangnya ia merupakan kelebihan buat Malaysia seandainya mereka mahu beraksi untuk Harimau Malaya memandangkan kebanyakan bakat yang dikesan boleh dikategorikan sebagai pemain muda.

Terkini, laman pencari bakat Frfuturetalents telah mengesan pemain baharu FC Barcelona B iaitu Naim Garcia merupakan pemain yang mempunyai darah keturunan Malaysia.

Advertisements

Naim yang berusia 21 tahun baru sahaja menyertai Barcelona B secara pinjaman dari CD Leganes dan berpotensi menyarung jersi Malaysia pada masa hadapan memandangkan mempunyai darah keturunan Malaysia dari datuknya.

“Naim Garcia dilahirkan di Madrid, Sepanyol. Mempunyai keturunan Malaysia melalui datuknya. Naim telah menyertai FC Barcelona B secara pinjaman daripada CD Leganes sehingga 30 Jun 2024 dengan pilihan untuk membeli,” coret Frfuturetalents di laman Instagram.

Naim yang mempunyai kekuatan di kaki kiri merupakan seorang pemain sayap lincah yang mampu beraksi di posisi sayap kanan dan sayap kiri.

Advertisements

Selain kelincahan yang dimiliki beliau juga mempunyai kelebihan dari segi fizikal dengan mempunyai ketinggian yang baik iaitu 1.80 meter.

Ini bukanlah kali pertama pencari bakat menjumpai pemain muda terbaik yang beraksi di eropah. Sebelum ini, beberapa pemain muda dari Belanda juga dipercayai mempunyai darah keturunan Malaysia yang berpotensi menyarung jersi keramat Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram