Bakat Baru: Penyerang Portugal-Malaysia Dalam Pembikinan Di Australia
Highlight
Future Talents
Advertisements

Seorang lagi bakat muda warisan Malaysia kini mula menembusi pasaran Australia sekaligus memberi tambahan pilihan buat skuad negara pada masa hadapan.

Individu yang dimaksudkan ini ialah Noah Andrew Kat yang memiliki darah Malaysia dan Portugal.

Pemain muda berusia 18 tahun itu kini beraksi di Australian Youth League untuk mendapat lebih banyak pendedahan dan aksi kompetitif di sana.

Advertisements

Menurut sumber Futuretalents, Andrew beraksi buat North West Sdyney merupakan seorang pemain yang boleh beraksi pada beberapa posisi serangan termasuklah pemain tengah menyerang dan juga penyerang.

“Saya berpindah ke Australia dan sebelum ini beraksi di Akademi Kim Do Heon di Kuala Lumpur.”

Advertisements

“Saya kini beraksi di Australia dan mencuba beberapa pilihan lain untuk mendapat lebih banyak pendedahan dan meningkatkan keyakinan dan pengalaman saya,” ujarnya.

Pemain berketinggian 1.78 meter ini memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi bapanya yang merupakan warganegara berbangsa Cina manakala ibunya berdarah Portugis.

Advertisements

Sebelum ini, beberapa bakat muda sudah pun dikesan mula menunjukkan minat untuk mewakili Malaysia pada masa hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram