Bakat Muda Malaysia Bakal ‘Terbang’ Ke Sepanyol
Malaysia
Kerteh FC
Advertisements

Hasrat untuk melihat lebih ramai bakat muda Malaysia untuk beraksi di luar negara semakin tercapai apabila beberapa pemain bakal dihantar ke Sepanyol.

Perkhabaran memberangsangkan ini tekah dikongsikan oleh Ketua Pembangunan Pemain Kerteh FC, Adam Sariman kepada Harimau Malaya tentang potensi bakat muda negara menapak di Eropah.

Beliau memberi gambaran bahawa projek pembangunan kelab tersebut memiliki potensi yang baik sambil pendedahan meluas mampu meningkatkan penguasaan bola sepak dengan lebih mendalam.

Advertisements

Adal yang ditemui di Kejohanan Piala Uniti yang diadakan bersempena dengan penganjuran Pestabola Merdeka teruja apabila semakin banyak kejohanan untuk bakat muda mendapat pendedahan diadakan di Malaysia.

Beliau juga memberitahu terdapat beberapa bakat besar sudah dikenal pasti memiliki kualiti untuk dihantar beraksi di luar negara.

“Ada beberapa pemain dalam kalangan B-18 terutamanya untuk dihantar ke Sepanyol dalam masa terdekat sekiranya mereka benar mengikuti pelan pembangunan yang telah disediakan.”

Advertisements

“Bagi B-12 perlu tunggu sedikit masa namun ada pemain yang sudah diteliti, ujarnya kepada Harimau Malaya.

Sungguhpun terdapat sasaran untuk menghantar pemain ke luar negara, modul latihan dan barisan kejurulatihan memainkan peranan yang penting untuk mengasah bakat muda Kerteh FC.

Pelantikan Pengarah Teknikal Sepanyol, Oscar Riera memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan bola sepak Kerteh FC.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram