‘Kesabaran’ Kerteh FC Wajar Dijadikan Contoh
Dunia
IG Kertehfc
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC iaitu Syed Khairi Amier Bin Syed Radzuan mempunyai perancangan jangka masa panjang bagi memastikan pembentukan pasukan ini lebih stabil pada masa yang akan datang.

Syed Khairi menjelaskan terpaksa menolak penyertaan untuk saingan dalam Liga M kerana pasukanya masih dalam pembentukan dan kewangan juga antara salah faktor kelabnya dilihat masih belum bersedia untuk beraksi.

“Ramai yang mahu bersaing dalam Liga M3 tapi kami terpaksa tolak terlebih dahulu kerana merasakan kami belum bersedia dari segi persiapan pasukan dan juga kewangan.”

Advertisements

“Kami sebenarnya sudah pun mempunyai perancangan asal iaitu kami sasar untuk ke saingan Liga M3 pada tahun 2028 selepas kami sudah stabil termasuk sudah mempunyai stadium sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan jika kelabnya ada stadium di tempat sendiri barulah semangat dan bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga M3, akan tetapi perlulah ada kesabaran untuk pasukannya menuju satu puncak ke puncak yang lain.

“Kami mahu ada stadium sendiri terlebih dahulu. Apabila sudah ada stadium, Kerteh FC akan berpeluang main di tempat sendiri yang mana ia bukan sahaja dapat menarik orang ramai untuk datang ke stadium untuk menonton bola sepak, tetapi juga dapat menjana pendapatan.” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Bukan setakat projek stadium sahaja, sebaliknya Kerteh FC juga bakal ada padang latihan bersaiz FIFA, pusat sukan dan kediaman untuk kelengkapan dan kemudahan bagi pasukannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram