Ads
Eropah
Kim Johan

Satu lagi bakat baru berstatus pemain warisan Malaysia bakal menjadi tumpuan ramai.

Advertisements

Pemain remaja yang dimaksudkan ialah pemain negara berdarah Norway, Kim Johan Nyo Tegnander. Berdasarkan perkongsian Future Talents, pemain ini memiliki ciri sama seperti penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland.

Advertisements

Ini kerana dengan ketinggian 183 cm, pemain berusia 14 tahun ini lebih tinggi berbanding pemain-pemain pada usianya. Selain itu, beliau juga seorang pelari pantas di atas padang.

Advertisements

Advertisements

Dua ciri ini membolehkannya beraksi dengan pemain-pemain lebih senior dan berkualiti. Dan berdasarkan perkembangan terbaru yang dikongsikan Harimau Abroad, kemajuan Johan dijangka lebih meningkat.

Ini selepas beliau bersetuju menyertai pasukan remaja FK Jerv. FK Jerv ialah sebuah kelab yang beraksi di divisyen kedua Norway.

Advertisements

Johan berstatus pemain warisan negara disebabkan ibunya ialah seorang warganegara Malaysia. Sementara bapanya ialah warganegara Norway.

Advertisements

Tidak mustahil jika Johan menunjukkan kemajuan yang signifikan, beliau menuruti jejak langkah pemain-pemain warisan negara lain seperti Dion Cools, Matthew Davies dan Stuart Wilkin mewakili Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram