Bangkok Century Cup: Manchester United Belasah Liverpool, Bukti Kebangkitan Sejati
Asia
Manchester United
Advertisements

Manchester United membuktikan bahawa mereka merupakan kelab gergasi Eropah apabila membelasah Liverpool 4-0 dalam aksi Bangkok Century Cup hari ini.

Pengendali baharu United, Erik Ten Hag dilihat tidak membawa banyak pertukaran sebaliknya Liverpool cenderung untuk membariskan pemain muda dalam kesebelasan utama pasukan.

Hal ini jelas memberi kesan kepada kedua-dua pasukan sungguhpun saling melancarkan serangan seawal minit pertama permainan.

Advertisements

Sungguhpun pasukan kendalian Jurgen Klopp lebih mendominasi permainan pada awalnya, kelebihan dan persembahan yang meyakinkan lebih terarah kepada The Red Devils.

United memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki apabila serangan balas pantas yang direncanakan bermula dari sebelah kanan membuahkan hasil.

Hantaran lintang cantik yang dilakukan oleh kapten pasukan, Bruno Fernandes cuba dikeluarkan oleh barisan pertahanan Liverpool namun Jadon Sancho memanfaatkan peluang ini apabila melepaskan satu rembatan untuk menewaskan Alisson Backer.

Advertisements

Tidak terhenti di situ, anak didik Ten Hag seakan mendapat tonik tambahan apabila terus mengkucar-kacirkan barisan pertahanan apabila Fred memanfaatkan situasi dalam kotak penalti lawan.

Beliau sempat menoleh ke arah gawang sebelum melakukan satu ‘cip’ untuk gol kedua pasukan.

Para pemain United terus menekan kealpaan benteng pertahanan Liverpool apabila kesilapan Rhys Williams dimanfaatkan oleh Antony Martial.

Advertisements

Beliau membuat satu larian terus sebelum berjaya memerangkap Alisson untuk meletakkan United selesa dengan jaringan 3-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pertukaran secara total oleh Ten Hag juga telah menyukarkan misi Liverpool untuk membaca percaturan jurulatih tersebut.

United memiliki peluang untuk meledak gol keempat namun sepakan percuma Alex Telles disia-siakan oleh rakan sepasukan dalam kawasan penalti.

Advertisements

Usaha gigih Liverpool untuk mencari gol seakan sia-sia apabila satu serangan balas pantas oleh pemain United membuahkan hasil apabila pemain muda pasukan, Pellestri melepaskan satu rembatan cantik menewaskan Adrian.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus melakar detik manis buat seluruh penyokong Manchester United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram