Bangkok Kejutkan Kelab Jepun
MakanBola
Bangkok FC
Sponsors

Kelab Thai League 2, Bangkok FC mencipta kejutan dengan mengalahkan kelab J2 League, Vegalta Sendai baru-baru ini.

Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada program pra-musim kelab itu bagi menghadapi Thai League 2 musim 2024/25.

Ad

Bangkok juga sibuk memperkuatkan pasukan itu dengan membawa masuk beberapa tonggak baru. Antara tonggak baru kelab berkenaan ialah bekas pemain kebangsaan Thailand, Charyl Chappuis dan penyerang import, Simon Dia.

Ad

Bangkok turut mengekalkan Goshi Okubo, Seiya Kojima dan Dudu Lima sebagai tonggak import bagi menghadapi kempen 2024/25.

Kelebihan tampak memihak Vegalta kerana pasukan itu bukan saja menduduki kedudukan keenam dalam J2 League. Malah, pasukan itu berupaya menewaskan wakil Thailand itu berdasarkan kualiti pemain yang dimiliki mereka.

Ad

Ini termasuk kelibat dua tonggak import dari Brazil yang mewakili Vegalta, Eron dan Mateus Moraes. Walau bagaimanapun, kehebatan kelab itu tergugat pada separuh masa kedua perlawanan.

Ad

Meskipun dikawal dua pemain, Woraphot Somsang menceriakan kem Bangkok dengan meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-61. Keputusan 1-0 yang direkodkan wakil Thailand itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Kejayaan ini dijangka menyuntik semangat Bangkok untuk melakar kecemerlangan dalam musim 2024/25. Pasukan itu akan membuka kempen dengan menentang Ayutthaya United pada 11 Ogos ini.