Barisan Terbaik Malaysia Bakal ‘Gegar’ BDMNTNXL
UltraSukan
MSN Malaysia

Enam bintang badminton Malaysia bakal menggegarkan gelanggang di Indonesia dalam satu kejohanan jemputan, BDMNTNXL.

BDMNTNXL merupakan satu kejohanan yang menampilkan nama-nama besar dalam sukan badminton untuk bermain di dalam 4 pasukan yang berbeza, Lightning, Rockets, Blitzers dan Hurricanes.

Ad
Advertisement

Setiap pasukan bakal turun bertanding dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan perempuan; beregu lelaki dan perempuan; serta mod 3v3 dengan format round-robin buat semua pasukan.

Ad

Enam pemain dari Malaysia dipilih untuk menyertai kejohanan ini iaitu dua pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Advertisement

Walau bagaimanapun, enam pemain negara ini dipecahkan kepada kumpulan berbeza dengan Soh Wooi Yik (Lightning), Chen Tang Jie (Rockets), Aaron Chia-Teo Ee Yi (Hurricanes), Toh Ee Wei-Ong Yew Sin (Blitzers).

View this post on Instagram

A post shared by BXL (@bdmntn.xl)

Ad
Advertisement

Selain pemain negara, antara bintang ternama dunia yang turut terlibat adalah finalis Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen dan Kunlavut Vitidsarn serta lagenda Korea Selatan, Lee Yong Dae.

Ad

BDMNTNXL bakal membuka tirai pada 31 Oktober ini di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan tiket masuk sudah boleh didapatidi laman web yang disediakan.

Advertisement