Baru Debut, Richard Chin Sudah Ledak Dua Gol
MakanBola
Ross County FC

Pemain Harimau Malaya, Richard Chin sudah mula menunjukkan bisanya bersama kelab barunya, Ross County.

Ini selepas Richard meledakkan dua gol dalam aksi persahabatan pasukan itu dengan Ivergordon pada 28 Jun lalu.

Aksi persahabatan menentang Ivergordon merupakan sebahagian daripada dua aksi persahabatan yang dilalui pasukan pada hari yang sama.

Ini memberi ruang kepada pengurus The Staggies, Stuart Kettlewell menurunkan dua barisan berbeza bagi membolehkan mereka mendapat minit permainan dan membina tahap kecergasan pemain.

Aksi menentang Ivergordon menyaksikan Ross County meraih kemenangan besar 7-0. Satu lagi aksi menentang Forres Mechanic turut berkesudahan dengan kemenangan besar 5-1.

Richard menyertai The Staggies untuk musim 2026/27 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan dari Raith Rovers.

Richard berharap dapat mengekalkan prestasi tersebut apabila musim 2026/27 bermula. Ini kerana antara sebab beliau menerima tawaran Ross County ialah kembali mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.