Ads
Battle Of The Reds: Penalti ‘Murah’ Bantu Liverpool Malukan Man United Di SNBJ
Persahabatan
WSL

Perlawanan pertunjukan Battle of The Reds menyaksikan lagenda Manchester United tunduk dengan keputusan 4-2 ke atas lagenda Liverpool.

Advertisements

Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan The Reds menurunkan pemain seperti Djibril Cisse, David James, Arne Riise dan lain-lain dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Usaha awal Liverpool membuahkan hasil apabila penyerang lagenda pasukan, Djibril Cisse bijak menghidu peluang dalam kotak penalti untuk gol pembukaan pada minit ke-15.

Advertisements
Advertisements

Man United tidak menunggu lama apabila tandukan Dimitar Berbatov berjaya menemui jaring untuk menewaskan David James seminit berselang.

The Red Devils bagaimanpun berjaya di depan apabila kelincahan jentera serangan pasukan iaitu Danny Webber sekali lagi memperdaya David James untuk gol kedua.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-1 memihak Man United.

Bersambung babak kedua, Liverpool seakan memeproleh tonik tambahan untuk mengejar kedudukan United.

Kesilapan pertahanan Man United berjaya dimanfaatkan oleh lawan apabila menghadiahkan dua sepakan penalti dalam tempoh singkat.

Keputusan penalti ini jelas menjatuhkan moral pasukan sungguhpun kesilapan berpunca daripada individu yang tidak cermat ketika bertahan.

Man United memiliki dua peluang keemasan di hadpaan gawang namun rembatan kencang pemain tengah pasukan melambung tinggi.

Liverpool menambah derita Man United menerusi gol keempat hasil serangan balas pantas yang disudahkan oleh Sinama Pongolle pada minit ke-76.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan keputusan 4-2 memihak Liverpool.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram