Bek Tengah Myanmar Perkuat Penang FC
Dunia
Chonburi FC
Advertisements

Seperti pasukan-pasukan lain, Penang FC juga sibuk memperkuat pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selepas membawa masuk awang import Ryu Yamaguchi, Curt Dizon, Soony Saad, Giovane Gomes dan Adriano Narzico, skuad Harimau Kumbang menambah khidmat bek tengah Myanmar, Zaw Min Tun.

Ura-ura Min Tun menjadi awang import keenam Harimau Kumbang sudah mula tersebar sejak beberapa hari lepas. Dan hari ini, perpindahannya ke Penang FC disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi ciapannya di Twitter.

Kehadiran bek tengah berusia 30 tahun itu bukan saja bakal memantapkan barisan pertahanan Penang FC. Bahkan, disebabkan faktor ketinggian dan keupayaannya menanduk dengan tepat, Min Tun boleh saja menjadi aset menjaringkan gol dalam situasi bola mati.

Advertisements

Memulakan karier permainan di Magway FC (Myanmar), bek tengah berpengalaman itu pernah beraksi bersama Yangon United (Myanmar), Sukhotai FC (Thailand) dan Trat FC (Thailand).

Min Tun juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dengan merekodkan 75 penampilan bersama pasukan kebangsaan Myanmar. Ini menjadikannya pemain Myanmar kedua beraksi di Liga Super musim depan selain Hein Htet Aung yang mewakili Selangor.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram