Bekas ‘Arkitek’ Liverpool, Michael Edwards Dilaporkan Bakal Sertai Manchester United
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Bekas ‘arkitek’ perpindahan Liverpool, Michael Edwards dilaporkan bakal menyertai musuh ketat majikan lamanya, Manchester United.

Mengikut laporan Football Insider, Edwards bersetuju menyertai Red Devils selepas menerima tawaran kewangan yang besar dari kelab berkenaan.

Malah, United juga bersedia menunggu bekas pengarah teknikal Liverpool itu menghabiskan cuti rehatnya sebelum menyertai mereka pada musim panas tahun hadapan.

Advertisements

Sebelum ini, Manchester United dan Chelsea dilaporkan mengintai khidmat Edwards bagi memantau proses perpindahan mereka.

Tetapi dengan Blues mengalihkan perhatian kepada sasaran-sasaran lain, ini membolehkan United memeterai persetujuan dengan beliau.

Berita ketibaan Edwards di Old Trafford dijangka mengundang rasa tidak puas hati penyokong Liverpool.

Advertisements

Semasa di Anfield selama enam tahun, beliau bertanggungjawab membawa ramai pemain berkualiti dengan harga berpatutan seperti Mohamed Salah, Diogo Jota dan Andrew Robertson.

Sementara pembelian bernilai tinggi seperti Alisson dan Virgil van Dijk membantu Reds melakar banyak pencapaian termasuk juara EPL 2019/2020.

Edwards juga bijak menjual pemain dengan yuran perpindahan mahal seperti penjualan Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan nilai perpindahan £142 juta (RM770 juta).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram