Bekas Bintang JDT Perkuat Filipina Pada Usia 37 Tahun
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas bintang JDT menjadi antara pemain yang dipanggil untuk memperkuat pasukan kebangsaan Filipina bagi kem latihan pusat bulan September.

Beliau pernah beraksi bersama pasukan Harimau Selatan musim lalu tetapi lebih banyak diturunkan bersama JDT II.

Advertisements

Pemain kelahiran Santa Maria, Sepanyol itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara selepas beraksi bersama pasukan seperti Ceres Negros, JDT dan kini memperkuat pasukan Liga 2 Thailand, Chantaburi FC.

Pemain berusia 37 tahun ini kekal menjadi pilihan ketua jurulatih The Azkals, Micheal Weiß apabila tersenarai dalam 24 orang pemain ke kem latihan pusat.

Advertisements

Individu yang dimaksudkan ini ialah bekas pemain kelab divisyen 3 Sepanyol, Bienve Marañón yang dipanggil selaku peyerang filipina bersama dua lagi bintang iaitu Patrick Reichelt dan penyerang muda berdarah Denmark, Sebastian Beraque Rasmussen.

Maranon memiliki rekod jaringan yang baik ketika beraksi di Liga Fipilina apabila meledak 65 gol dalam 85 penampilan.

Advertisements

Secara keseluruhannya, bekas peledak Cadiz CF ini merekodkan 71 gol dalam 123 penampilan peringkat kelab.

View this post on Instagram

A post shared by The Philippine Azkals (@theazkalsph)

Advertisements

Ketajaman beliau ditagih untuk memantapkan jentera serangan Filipina yang akan berdepan Taiwan dan Afghanistan bagi aksi persahabatan September ini.

News Comments Account