Advertisements
Bekas Bintang Kedah, Mahmoud Al-Mardi Sertai Qadsia Sports Club Di Kuwait
Transfer
MakanBola
@m.almardi13

Selepas dilepaskan Kedah pada akhir musim lepas, ramai tertanya-tanya destinasi terbaru pemain sayap Jordan Mahmoud Al-Mardi. Kini, Mahmoud menyambung karier permainannya bersama Qadsia Sports Club yang berpangkalan di Kuwait.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pemain sayap berusia 27 tahun itu bakal menyertai Negeri Sembilan. Khabar angin tersebut membuatkan ramai penyokong Hoben Jang Hoben teruja.

Bagaimanapun, perpindahan yang diusahakan tidak kesampaian selepas Mahmoud dikatakan menerima tawaran Qadsia. Dan tidak lama selepas itu, pemain sayap Jordan itu sah menyertai kelab berkenaan.

Sejak bersama The Yellow Castle, Mahmoud nampak tidak kekok menyesuaikan diri dengan persekitaran di Kuwait. Malah, perpindahannya ke Qadsia langsung tidak menjejaskan hubungan baik yang terjalin dengan Kedah.

Malah, dalam satu hantarannya di Instagram beberapa minggu lepas, pemilik Kenari, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar turut mengucapkan selamat berjaya kepadanya di kelab barunya itu.

Di sebalik ketiadaan Mahmoud, kontinjen pemain import Jordan masih ada di Liga Malaysia (Liga M) menerusi dua pemain Selangor, Yazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh.