Bekas penyerang Man Utd, Odion Ighalo membidas barisan bintang Eropah termasuk legenda Portugal, Cristiano Ronaldo kerana bermain bola sepak atas sebab duit.
Sportskeeda melaporkan Ighalo berpandangan sedemikian kerana ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri beraksi di Arab Saudi.
“Semasa anda muda, ya, anda bermain kerana minat. Pada ketika itu, anda tak kisah pun tentang duit.
“Tapi pada usia saya, saya berada pada bahagian terakhir karier saya, saya tak tahu sama ada setahun, dua tahun atau Tuhan akan memberitahu untuk bersara.
“Saya tahu ini takkan melebihi tiga tahun. Saya bermain kerana minat sepanjang hidup saya, sekarang kerana duit.
“Saya bukan salah seorang pemain yang datang dan berkata: ‘Saya main kerana minat.’ Saudara, (sebabnya) duit. Pada akhirnya, ini soal duit,” katanya dengan tegas.
Ighalo kemudiannya membidas Ronaldo di mana gaji £173 juta (RM1.01 bilion) setahun di Al-Nassr mengatasi gaji yang diterima Lionel Messi bersama Inter Miami.
“Adakah Ronaldo masih bermain kerana minat? Ronaldo raih (gaji) 100 kali ganda daripada apa yang saya dapat sepanjang hidup saya tetapi beliau pergi ke Arab Saudi. Apakah beliau melakukannya kerana minat? Semuanya kerana duit,” tambahnya.
Ighalo ketika ini bergelar ejen bebas selepas meninggalkan Al-Hilal pada musim lepas.