Advertisements
Bekas Jurulatih Malaysia Kini Bimbing Skuad Wanita Selangor
UltraSukan
UltraSukan
FA Malaysia

Skuad wanita Selangor FC dijangka tampil lebih mantap untuk musim 2024.

Advertisement

Ini kerana pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu mendapat sentuhan bekas jurulatih Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17), Osmera Omaro.

Ini selepas pengurusan Merah Kuning mengumumkan barisan pemain, staf kejurulatihan dan pegawai skuad wanita Selangor untuk tahun 2024 di laman sesawang rasmi mereka

Advertisement

Osmera sebelum ini bertanggungjawab membimbing skuad negara layak secara merit ke Piala Asia B-17 2023.

Bagaimanapun, jodoh beliau sebagai pengendali skuad B-17 negara telah berakhir pada penghujung tahun lalu.

Advertisement

Selain skuad muda negara, Osmera juga pernah menggalas peranan sebagai jurulatih Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD).

Advertisement

Beliau bakal dibantu Felicia Adele sebagai penolong ketua jurulatih, Hasrul Rahman (penolong jurulatih) dan Aizat Roslim (jurulatih penjaga gol).

Kehadiran Osmera bakal membantu Selangor menggilap bakat ramai pemain muda wanita yang membarisi pasukan itu untuk musim 2024.

Advertisement