Advertisement
Bekas Jurulatih Selangor Gerun Dengan Barisan Pemain Berbakat Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Myanmar FF

Dengan Thailand dan Vietnam berada dalam Kumpulan B, ramai tidak meletakkan harapan tinggi kepada skuad Malaysia B-22 untuk layak ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Tetapi bagi bekas jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, anak-anak buah E. Elavarasan itu patut dihormati oleh lawan-lawan dalam Kumpulan B.

Ini kerana Harimau Muda dianggotai oleh ramai pemain berbakat – sesetengah daripadanya pernah dilatih jurulatih Myanmar itu semasa bersama Selangor dari 2020 hingga Ogos tahun lepas. Antara pemain negara yang pernah dibimbing Feichtenbeiner ialah Sikh Izhan Nazrel, Mukhairi Ajmal, Zikri Khalili dan Harith Haiqal.

Walaupun Thailand dan Vietnam dianggap pilihan ke separuh akhir, beliau merasakan Harimau Muda mampu mencipta kejutan ke atas kedua-dua lawan dalam Kumpulan B itu.

“Tidak ketinggalan skuad Malaysia B-22 tahun ini juga kuat. Saya pernah bekerja di sana (bersama pasukan Selangor) kerana saya kenal ramai pemain berbakat mereka dalam pasukan,” katanya kepada Zing News dalam sidang media pasca-perlawanan Indonesia-Myanmar semalam.

Malaysia bakal berdepan tugas sukar bila turun menentang Thailand dalam aksi kedua Kumpulan B esok. Sekiranya berjaya meraih kemenangan atau keputusan seri, ia sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan mereka berdepan Vietnam pada 8 Mei nanti.