Bekas Kapten Portugal Perkuat Lion City Sailors Di ACL
Asia Tenggara
Lion City Sailors FC
Advertisements

Kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors membuat satu tindakan yang cukup besar buat pasukan apabila membawa masuk bintang kelahiran Portugal, Rui Pires.

Pemain berusia 25 tahun ini merupakan pemain ketiga yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini untuk menambah kualiti pada bahagian tengah pasukan dan mengukuhkan skuad untuk kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak lama lagi.

Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Lion City Sailors, Rui menandatangani kontrak selama dua tahun dan menyertai dua pemain pertengahan musim Sailors dalam pertahanan Bailey Wright dan penyerang Richairo Živković.

Advertisements

The Sailors kini dalam persiapan rapi untuk memastikan kualiti dalam segenap aspek pasukan ketika kelab bersedia untuk memulakan kempen ACL keduanya pada bulan September.

Pemain tengah bertahan ini melengkapkan perpindahan dari pasukan FC Paços de Ferreira dalam Liga Primeira yang beraksi di liga teratas bola sepak Portugis.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Aleksandar Ranković, beliau menyambut baik kehadiran pemain tengah berbakat ke dalam pasukannya.

“Rui boleh menjadi aset penting untuk kami. Lebih daripada pengalaman semasa di Eropah, kedudukan, jangkaan dan kemmapuan bertahan Rui yang tajam boleh menjadi nilai tambah buat pertahanan yang memberikan barisan hadapan kami untuk menyerang mengikut cara yang kami mahukan,” katanya.

Advertisements

Rui juga telah mengetuai pelbagai pasukan muda Portugal selain diberikan lilitan kapten di peringkat U18, U19 dan U20. Persembahan cemerlangnya dalam Kejohanan Bawah-19 Eropah UEFA pada 2017 membawa kepada pencalonannya dalam kesebelasan terbaik kejohanan.

“Saya menyertai Lion City kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada projek yang mempunyai cita-cita besar dan semua bahagian yang sesuai.”

Advertisements

“Keadaan yang saya lihat di sini adalah seperti yang saya lihat di Eropah dengan pusat latihan dan sistem di akademi. Perkara yang lebih penting adalah apabila kelab mempunyai jangkaan tinggi dan jelas mahu memenangi trofi,” kata Rui.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram