Advertising
Bekas Pemain AC Milan, Samu Castillejo Sertai JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) sah merekrut seorang lagi pemain ternama dunia, Samu Castillejo yang pernah bermain untuk AC Milan.

Perpindahan ini disiarkan oleh Johor Southern Tigers dalam satu video pengumuman yang menyaksikan Castillejo tiba di Stadium Sultan Ibrahim dan menyarung jersi skuad Harimau Selatan.

Ad

”Dengan lebih 300 perlawanan untuk kelab LaLiga & Serie A, Samu Castillejo kini adalah Harimau Selatan,” umum JDT.

Ad

Nama Castillejo tidak perlu diperkenalkan lagi apabila pemain berusia 30 tahun ini pernah menyarung jersi beberapa kelab terkemuka di Eropah seperti AC Milan, Villareal, Valencia dan Malaga.

Ad

Castillejo adalah pemain import ke-5 terbaru JDT yang tiba bagi memperkuat jentera serangan dalam usaha untuk mara lebih jauh dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Sebelum ini, JDT merekrut 4 lagi pemain berprofil tinggi iaitu Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera, Roque Mesa dan Anselmo Moraes yang telah membawa impak positif kepada pasukan.

Ad

Kehadiran Castillejo pastinya bakal menyuntik semangat JDT menjelang aksi menentang jaguh Thailand, Buriram United di pusingan 16 terakhir ACLE di tempat lawan minggu hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments