Hiburan
Skitterphoto / PixaBay
Advertisements

Dalam satu tangkap layar yang dimuat naik oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti seperti yang ditularkan oleh beberapa laman penyokong bola sepak memaklumkan terdapat seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak telah menyerang isterinya di sebuah hotel.

“Terima kasih pada semua yang membantu isteri saya sebelum ketibaan saya di Kuala Lumpur. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

“Tapi untuk pesalah dah tiba masanya untuk mendapat habuan yang setimpal. Apabila dia bertindak menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif terhadap isteri aku sehingga trauma.

Advertisements

“Tiada maaf bagi kau Ex-Malaysia & Perak. Bila aku dah nekad nak proceed ke mahkamah, duduklah kau dalam tahanan lokap sementara. Kau amat dikenali di kaca TV dan dalam padang,” jelas lelaki misteri berkenaan.

356077178 720828366719289 4598015805508790713 n Bekas Pemain Kebangsaan & Perak Dikatakan Menyerang Isteri Orang
Gambar dimuat naik oleh CakapSukan di Facebook.

Buat masa ini belum terdapat sebarang maklumat jelas siapakah individu yang dimaksudkan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan ini.

Advertisements

Menerusi hasil carian juga menunjukkan hantaran asal ini sepertinya sudah dipadam pemilik asal gambar ini dan ianya turut gagal dikesan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram